Selepas empat bulan enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum, Yusry Abd Halim dalam catatan terbarunya di Instagram hari ini memuat naik dua keping gambar yang memaparkan wajah anak perempuannya, Yahaira Leanne.
Gambar berkenaan dimuatnaik bersempena majlis aqiqah yang disifatkan ahli muzik, pelakon dan pengarah itu sebagai hari bersejarah buat diri beliau dan keluarganya.
"Saya muat naik gambar kami sekeluarga kerana semalam hari yang bersejarah untuk kami, dan hari yang penting buat Yahaira," tulisnya di akaun @yusrykru.
Yusry dan isterinya, pelakon Lisa Surihani, sebelum ini bersetuju untuk tidak mendedahkan wajah Yahaira demi kebaikan anak mereka.
Bagaimanapun, tindakan kedua-dua selebriti itu mencetuskan kritikan peminat-peminat, apabila timbulnya dakwaan kononnya mereka mahu menyorokkan anak.
0 comments:
Post a Comment