Pelakon Nur Fasha Sandha Binti Hassan, 32 atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah sah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40 setelah melayari kehidupan bersama selama 4 tahun.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tn. Haji Muhammad Abdul Karim bin Wahab.
Fasha Sandha, 32 terdahulu memohon perceraiannya mengikut Seksyen 47 akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada hari Isnin lalu, bersamaan 18 Januari 2016. Dengan itu, Fasha telah sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli. Fasha selaku plaintif diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.
“Perceraian ini adalah Jalan yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan bersama kedua anak saya, Putra Rayfal 2 tahun, dan Putri Raysha 1 tahun,” kata Fasha Sandha sambil menitiskan air mata kesedihan.
0 comments:
Post a Comment