Harap Fasha Kuat Dan Tabah – Rita Rudaini
Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Januari 2016. Berita penceraian ini mengejutkan ramai peminatnya juga turut mendapat simpati dari rakan artis.
Memetik dari laporan hmetro, pelakon jelita, Rita Rudaini, 40, yang juga merupakan ibu tunggal anak dua turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Fasha Sandha kerana katanya dia juga mengalami nasib serupa.
“Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.
“Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment