Breaking News
Loading...
Tuesday, January 26, 2016

Info Post
Pelancongan, pendidikan antara sektor berpotensi
Pelancongan dan pendidikan merupakan antara sektor berpotensi yang boleh digerakkan dalam menjalin kerjasama dua hala antara Malaysia dan Namibia, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia Hishamuddin Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua sektor itu berkembang pesat di negara ini khususnya di Melaka, malah kebanyakan rakyat Namibia serta antarabangsa mempunyai pandangan positif terhadap Malaysia dengan perkembangan pesat sektor tersebut.

Katanya kerjasama dalam dua sektor itu mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf ekonomi di kedua-dua negara dan mampu membuka laluan  untuk kerjasama sektor lain seperti perindustrian.

"Saya akan cuba membawa dan mempromosikan pelancongan kepada rakyat Namibia serta akan cuba tingkatkan hubungan untuk menaikkan ekonomi dua-dua  negara.

Sehubungan itu, kita akan juga bergerak selari dalam pendidikan," katanya kepada pemberita selepas sesi kunjung hormat kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri  Idris Haron di sini hari ini.

Hishamuddin, 52, merupakan anak kelahiran Terentang, Jasin dekat sini yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri. - Bernama

1 comments:

  1. Is Pogo a gambling app? | How to make money
    Pogo offers casino games 1xbet to players via a website or on 샌즈카지노 their phone. They give you a variety หารายได้เสริม of casino games, and they have games such as Roulette,

    ReplyDelete