Sayang kekasih, ibu sekedudukan biarkan anak bawah umur dicabul
Empat tahun bersekedudukan dengan lelaki asing, seorang ibu sanggup membiarkan dua anak perempuannya dicabul berulang kali.
Perbuatan itu terbongkar selepas bapa kepada dua beradik itu yang berusia 11 dan 12 tahun datang melawat anaknya di sebuah pangsapuri di Taman Desa Serdang, di sini.
“Lelaki itu meminta kebenaran untuk bertemu anaknya, namun dihalang bekas isteri. Bagaimanapun, lelaki itu berkeras lalu masuk ke dalam rumah berkenaan.
“Lelaki itu membuka pintu bilik anak perempuannya sebelum mendapati seorang lelaki berada di di bucu katil sambil melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap anak perempuanya berusia 12 tahun,” lapor Harian Metro yang memetik sumber polis.
Suspek dilaporkan meninggalkan rumah tersebut selepas diserbu bapa dua beradik itu.
“Hasil soal siasat dijalankan polis mendapati kedua-dua kanak-kanak perempuan itu pernah dicabul suspek beberapa kali sebelum ini.
“Mereka juga pernah menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun tidak diendahkan berikutan wanita itu amat menyayangi lelaki warga asing itu,” lapor akhbar itu.
0 comments:
Post a Comment